Kakak ini dari Sarawak Kena Tipu Sendikit Pekerjaan
Ustaz Ebit Lew terima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020
Ustaz Ebit Lew terima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020
JOHOR BAHRU: Pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36 menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020. Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di sini, hari ini.
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020 kepada Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Belia Negara 2020, Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
Beliau menyifatkan sumbangannya kepada golongan belia adalah kecil namun sangat menghargai anugerah yang diterima. "Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira dapat jumpa Perdana Menteri sendiri, sebelum ini asyik tengok di kaca televisyen sahaja. Saya sedar apa yang saya lakukan adalah sumbangan kecil.
Saya sedar tidak layak kerana lebih ramai yang berkorban serta berjuang. Saya hanya usaha kecil dikalangan orang ramai tetapi saya sangat bersyukur dapat bersama dengan anak muda pada hari ini. "Kita harus mewariskan anak muda dengan perkara baik, selalu bimbingan, mendoakan dan menggalakkan anak muda buat kebaikan puji mereka. "Nasihat kepada golongan belia kena berjuang niat kerana Allah, dan tanamkan keikhlasan.
Ia tidak akan berhenti bila diri dihargai, dipuji atau dikeji, disukai atau tidak kita akan terus buat baik sehingga kita bertemu dengan Allah supaya sentiasa mendapat keredaan," katanya yang membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai bernilai RM10,000.
Sementara itu, Norfarrah Syahirah Shaari, 32, menjadi seorang daripada enam penerima Anugerah Wira Belia COVID-19, yang juga anugerah yang julung kali diwujudkan. Norfarrah Syahirah adalah orang kurang upaya (OKU) yang menjahit menggunakan kaki serta menyumbang tenaga dengan menjahit pakaian perlindungan diri (PPE), biarpun tidak mempunyai kedua belah tangan. "Saya tidak jangka dapat anugerah ini.
Saya jahit baju PPE menggunakan kaki dalam program CSR anjuran Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak dapat menyiapkan 332 pasang PPE secara bersama. "Cabaran itu saya tidak rasa susah sebab sudah biasa jahit menggunakan kaki. Saya ada kemahiran menjahit dengan melihat ibu dan sedikit demi sedikit berusaha belajar teknik jahitan.
Saya hanya menjahit pada waktu cuti," katanya yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan.
Featured Post
Ustaz Ebit Sewa Khas Kapal Terbang Untuk Misi Bantuan Ke Sabah
Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal k...
Popular Posts
-
Sebak dan terharu dengan pengorbanan Frontliner negara. Ramai petugas minta saya ziarah beri kata semangat dan doa. Terus saya ziarah ke M...
-
3 Orang Team Media Ebit Lew Kem@langan Semasa Pulang Dari Pulau Pinang Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kemalangan baru sek...
-
Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz ha...
-
Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari kl.Sampai sini banyak jalan putus. Setiap kali samp...
-
Doakan yer. Malam tahun baru pusing kl. Cari anak muda dan orang susah yang memerlukan. Ramai anak muda baik-baik. Mereka rindukan nasiha...
-
Ustaz Ebit Menyediakan Penginapan Percuma kepada Waris yang melakukan Rawatan di IJN & HKL Pohon doakan yer penginapan kasih umat secara...
-
Doakan perjalanan kami. Syukur hari ini bersama KDYMM Tengku Hassanal Pemangku Raja Pahang memberi bantuan banjir. Sebak sayu rasa melihat ...
-
Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Tanpa menunggu lama, penceramah bebas yang juga dermawan terkenal...
-
Ustaz Ebit Lew Ziarah Bob Lokman di Pasir Mas, Kelantan Ustaz,tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada s...
-
Sedih & Sayu Buat Puan Shansira yang Kehilangan Suami (Kemalangãn) di Gopeng Sedihnya sayu ziarah Pn Shamsira baru kehilangan suami dan ...


