Sedih & Sayu Buat Puan Shansira yang Kehilangan Suami (Kemalangãn) di Gopeng
Sedihnya sayu ziarah Pn Shamsira baru kehilangan suami dan 2 anaknya dalam kemalangan tanker simen baru ini di Gopeng.. Sayu jer rasa dengar saat beliau mengetahui berita itu.
Masa ziarah akak ni cuma memeluk anak kecilnya. Berat ujian mereka. Pasti Allah sangat sayang pada keluarga ini. Setiap ujian tiada 5 jawapan cuma 1. Semuanya kerana Allah sayang.
Kakak ni tak berhenti menangis masa berdoa bersama. Tak berhenti cakap terima kasih. Keluarga gembira terharu diziarahi. Ya Allah berilah kekuatan pada pn shamsira, anak bongsunya. Hadiahkan arwah suami dan 2 anak kecilnya syurga FirdausMu. Pasti satu hari mereka dapat bertemu kembali dalam syurga.
Saya beri sedikit hadiah dan doa. Semoga Allah pelihara dan kuatkan keluarga ini-ebitlew



No comments:
Post a Comment