Showing posts with label Azfar Badrul. Show all posts
Showing posts with label Azfar Badrul. Show all posts

Rindu Ayah Emak Sudah Tiada - Ebit Lew


Rindu ayah. Ayah saya kata..mak dah takde. Pergi dulu. Mak mesti suka tengok ebit buat dakwah dan teruskan kerja tolong orang. Tapi takperlah mak mesti bangga dekat sana. Teruskan buat baik anakku. Kita buat baik nak Redha Allah. Allah pasti tolong jaga kita. Dunia ini ada pemiliknya yang sebenar.

Ayah yang kuat bekerja. Dah lebih 80 tahun. Tapi hari-hari ke kebun. Sampai orang lalu singgah mesti kata kenapa pakcik nak kerja kuat-kuat. Tak upah orang. Ayah saya kata, dunia ini kita bercucuk tanam. Kita tuai dekat sana nanti. Dekat akhirat. Dulu selalu buat apapun saya cerita pada mak. Mengadu pada mak. Tempat luah suka duka. Mak dah pergi dulu. Syukur Alllah beri ayah. Terima kasih Allah.

Sekarang ayah saya lak cerita pada saya. Ayah baca dekat mana-mana atau mesti ada orang datang cerita dekat ayah saya apa saya buat. Ramai orang cakap terima kasih pada ayah saya. Senyuman ayah buat saya bahagia. 

Perjuangan ini tiada henti. Nikmat membantu orang lain. Bangun pagi fikir nak bawa kebaikan pada manusia yang lain supaya menjadi bekalan disana nanti. Doakanlah supaya Allah terima dan semuanya jadi asbab kebaikan.

Ustaz Ebit Sewa Khas Kapal Terbang Untuk Misi Bantuan Ke Sabah

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. 



Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield,mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo.






Doakan yer insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah...sayang orang Sabah sangat-ebitlew



Ustaz Ebit Lew terima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020

Ustaz Ebit Lew terima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020 

JOHOR BAHRU: Pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36 menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020. Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di sini, hari ini. 

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020 kepada Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Belia Negara 2020, Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020 kepada Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Belia Negara 2020, Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru

Beliau menyifatkan sumbangannya kepada golongan belia adalah kecil namun sangat menghargai anugerah yang diterima. "Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira dapat jumpa Perdana Menteri sendiri, sebelum ini asyik tengok di kaca televisyen sahaja. Saya sedar apa yang saya lakukan adalah sumbangan kecil. 

Saya sedar tidak layak kerana lebih ramai yang berkorban serta berjuang. Saya hanya usaha kecil dikalangan orang ramai tetapi saya sangat bersyukur dapat bersama dengan anak muda pada hari ini. "Kita harus mewariskan anak muda dengan perkara baik, selalu bimbingan, mendoakan dan menggalakkan anak muda buat kebaikan puji mereka. "Nasihat kepada golongan belia kena berjuang niat kerana Allah, dan tanamkan keikhlasan.

Ia tidak akan berhenti bila diri dihargai, dipuji atau dikeji, disukai atau tidak kita akan terus buat baik sehingga kita bertemu dengan Allah supaya sentiasa mendapat keredaan," katanya yang membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai bernilai RM10,000. 

Sementara itu, Norfarrah Syahirah Shaari, 32, menjadi seorang daripada enam penerima Anugerah Wira Belia COVID-19, yang juga anugerah yang julung kali diwujudkan. Norfarrah Syahirah adalah orang kurang upaya (OKU) yang menjahit menggunakan kaki serta menyumbang tenaga dengan menjahit pakaian perlindungan diri (PPE), biarpun tidak mempunyai kedua belah tangan. "Saya tidak jangka dapat anugerah ini. 

Saya jahit baju PPE menggunakan kaki dalam program CSR anjuran Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak dapat menyiapkan 332 pasang PPE secara bersama. "Cabaran itu saya tidak rasa susah sebab sudah biasa jahit menggunakan kaki. Saya ada kemahiran menjahit dengan melihat ibu dan sedikit demi sedikit berusaha belajar teknik jahitan. 

Saya hanya menjahit pada waktu cuti," katanya yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan.

Featured Post

Ustaz Ebit Sewa Khas Kapal Terbang Untuk Misi Bantuan Ke Sabah

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.  Terus pagi ini hantar barang medikal k...

Popular Posts