Showing posts with label Elews Design. Show all posts
Showing posts with label Elews Design. Show all posts

Syukur. Keluarga dari Sarawak ini telah selamat semuanya


Syukur. Keluarga dari Sarawak ini telah selamat semuanya. Adik-adik ni semua cakap bahasa mandarin jer..Dulu sekolah cina. Syukur selesai masuk rumah baru. Dapat hadiahkan keluarga ni rumah selesa untuk tinggal. Belikan katil,tilam dan kelengkapan lain. Saya bawa shoping dekat Elewsmart





Malu-malu jer nak ambil. Saya paksa mereka ambil. Suka adik perempuan kecil tu dapat beli koko krunch dan susu dan sosej. Nama dia tasneem. Macam anak saya dekat rumah hayfa Qadeejah. Belikan susu tepung dan pampers.







Saya bagi pilihan nak kerja elewsmart atau ada beberapa tempat lain juga bagi offer kerja. Bagi sedikit hadiah belanja. Nanti lepas pkp insyaAllah akan masuk ke sekolah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.

Kakak ini dari Sarawak Kena Tipu Sendikit Pekerjaan


Sayunya hati. Bila ramai hantar mesej pada saya mengenai kakak ini dari Sarawak di tipu mengenai pekerjaan dan tempat tinggal. Sampai jer tadi. Semua menangis. Adik kecil ini pun menangis. Terasa beratnya mereka dan hilang pergantungan dan harapan. Saya jadi sayu.
Menumpang di beberapa rumah tumpangan di kl. 3 bulan kesana sini. Dah kena halau dari tempat ini. Kakak ini dah berpisah dengan suami muallaf.. Ke KL bersama anak-anaknya.
Sampai tadi akak ni menangis jer. Saya tanya adik perempuan kecil nak sekolah. Dia gengam tangan tunjuk semangat. Saya nak belajar agama. Nak jadi hafizah. Adik tu menangis. Ya Allah semoga doa adik ini dikabulkan.


Kakak tu kata saya kerja apa pun boleh ustaz. Cuci mop lantai, masak, cashier. Apa-apa kerja pun boleh ustaz. Saya nak anak berjaya dan jadi orang baik soleh solehah.
Saya dah bayar hutang penginapan sekarang. Doakan yer tengah cari rumah,sekolah dan carikan kerja untuk akak ni.

Ustaz Ebit Lew terima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020

Ustaz Ebit Lew terima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020 

JOHOR BAHRU: Pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36 menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020. Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di sini, hari ini. 

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020 kepada Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Belia Negara 2020, Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020 kepada Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Belia Negara 2020, Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru

Beliau menyifatkan sumbangannya kepada golongan belia adalah kecil namun sangat menghargai anugerah yang diterima. "Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira dapat jumpa Perdana Menteri sendiri, sebelum ini asyik tengok di kaca televisyen sahaja. Saya sedar apa yang saya lakukan adalah sumbangan kecil. 

Saya sedar tidak layak kerana lebih ramai yang berkorban serta berjuang. Saya hanya usaha kecil dikalangan orang ramai tetapi saya sangat bersyukur dapat bersama dengan anak muda pada hari ini. "Kita harus mewariskan anak muda dengan perkara baik, selalu bimbingan, mendoakan dan menggalakkan anak muda buat kebaikan puji mereka. "Nasihat kepada golongan belia kena berjuang niat kerana Allah, dan tanamkan keikhlasan.

Ia tidak akan berhenti bila diri dihargai, dipuji atau dikeji, disukai atau tidak kita akan terus buat baik sehingga kita bertemu dengan Allah supaya sentiasa mendapat keredaan," katanya yang membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai bernilai RM10,000. 

Sementara itu, Norfarrah Syahirah Shaari, 32, menjadi seorang daripada enam penerima Anugerah Wira Belia COVID-19, yang juga anugerah yang julung kali diwujudkan. Norfarrah Syahirah adalah orang kurang upaya (OKU) yang menjahit menggunakan kaki serta menyumbang tenaga dengan menjahit pakaian perlindungan diri (PPE), biarpun tidak mempunyai kedua belah tangan. "Saya tidak jangka dapat anugerah ini. 

Saya jahit baju PPE menggunakan kaki dalam program CSR anjuran Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak dapat menyiapkan 332 pasang PPE secara bersama. "Cabaran itu saya tidak rasa susah sebab sudah biasa jahit menggunakan kaki. Saya ada kemahiran menjahit dengan melihat ibu dan sedikit demi sedikit berusaha belajar teknik jahitan. 

Saya hanya menjahit pada waktu cuti," katanya yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan.

Featured Post

Ustaz Ebit Sewa Khas Kapal Terbang Untuk Misi Bantuan Ke Sabah

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.  Terus pagi ini hantar barang medikal k...

Popular Posts