Ustaz Ebit Lew merasmikan Pusat Penilaian Covid 19 di Titiwangsa

 

Syukur sangat. Berat melihat keadaan Malaysia dari hari tu masa dekat Palestin. Tak sabar nak buat sesuatu di Malaysia. Hari ini merasmikan Pusat Penilaian Covid 19 di Titiwangsa. Pusat penilaian dan tempat sementara menanti dihantar ke Maeps dll. Saya bantu siapkan kelengkapan untuk mereka. Belikan canvas bed 100 unit, PPE 200 unit, Laptop Acer 3 unit, Tablet Tab A 10unit, Printer Sticker 4unit, Kipas 10unit, Kerusi Plastik, Meja Plastik, Glove 50kotak.


Terharu sebak sangat dengan pengorbanan Dr, Jururawat, MA, Petugas KKM, Sukarelawan bagi membantu misi negara ini. Besarnya pengorbanan mereka. Setiap hari pakai baju PPE. Kerja yang setiap hari semakin berat. Ya Allah. Semoga Allah beri kekuatan pada semua Doktor, Nurse, MA, dan frontliner Negara. 


Ya Allah angkatlah covid 19 dari negara kami. Bantulah mereka yang memerlukan.














Ebit Lew : Doakan Untuk Malaysia

 

Doakan yer buat Malaysia. Kita semua sebuah keluarga. Ya Allah angkatlah semua musibah ini dari kami. Beri kekuatan buat kami semua untuk terus membantu saudara kami yang dalam kesedihan dan kesusahan. Ya Allah terima kasih sentiasa ingat dan sayang kami.

Selamat hari lahir bidadariku. I love you - Ebit Lew

 Selamat hari lahir bidadariku. I love you.

Selamat hari lahir bidadariku. Sorry bidadariku sayang abang tiada dirumah. Masih berada jauh. Syukur sempat buat kejutan buat bidadari. Terima kasih bidadariku. I love you sayangku. Rindu teramat sangat. Terima kasih Allah memberi diriku bidadari yang sangat baik dan dialah penguat diriku. Kerana Allah semuanya menjadi mudah dan indah. Dialah yang temukan kita. Dialah yang akan menjaga hubungan ini sampai syurga insyaAllah. Terima kasih Allah. 


Sorry yer sayang. Jawab bidadari saya, tak per abang. Teruskan perjuangan. Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka. Banyak hospital memerlukan bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal Allah bagi. Teruskan abang. Kita kan ada Allah yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. Dia Maha Berkuasa. Anak-anak semua menangis kata. Kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye

RINDU BIDADARIKU - EBIT LEW

 

Bila bidadari ajak bergambar. Rindunya. I love you bidadariku. Setiap hari adalah hari ibu. Jom hargai ibu. Curi-curi kiss or kacau bidadari. Anak saya tanya kenapa ayah suka peluk dan cium kita orang. Dulukan, nenek ajar cinta dan kasih sayang.


Setiap hari mesti mak peluk kami adik beradik. Tapi saya selalu lap. Mak suruh peluk cium ayah masa tu. Saya tak buat. Sekarangkan setiap hari saya rindu mak. Dia cium rambut saya nak pastikan wangi. Cium pipi, dia nak cek mulut wangi tak. Mak dulu cium ketiak. Nak tahu bau badan anak. Sedih rasa..mak nak anak-anak jaga kebersihan. Sunnah jaga kebersihan dan sihat. Bukan ciuman dan pelukan itu. Tetapi disebaliknya dari hati penuh cinta dan sayang dengan ikhlas. Sekarang rasa nak urut kaki mak. Rasa nak cium mak. Rasa nak dengar suara mak. Mak dah pergi dulu. Sedih lak teringat. Nanti kita jumpa yer mak.

Sahabatku hargailah mak jika masih ada. Hargailah bidadari kita. Hargai anak-anak.

I love you mak. semoga mak happy dekat sana. Dalam Redha dan kasih sayang Allah. I love you bidadariku. I love you mak bapak.-ebitlew

POSTING Pada 9 Mei 2021

Ustaz Ebit melawat Pusat Pindahan Banjir di SMK Kahang Kluang dan SK Kahang Kluang Johor

 

Sebak sayu melawat Pusat Pindahan Banjir di SMK Kahang Kluang dan SK Kahang Kluang Johor. Saya hadiahkan 500 pax KFC,Tshirt , dan telekung buat keluarga disana. 


Dah banyak hari tinggal disana. Rumah tak tahu apa jadi. Barang ada yang semua musnah. Air belum turun habis. Mereka belum dibenarkan balik. Ayah perlahan-lahan pergi tengok rumah masing-masing. 


Semoga banjir ini cepat hilang dan semuanya pulih seperti sebelum ini. Baik-baik semua. Semua gembira dan ajak bergambar. Semoga menjadi asbab kebaikan-

ebitlew

8 januari 2021



Suami Pergi Semasa Hendak Selamatkan Isteri Dalam Kejadian Banjir - Ustaz Ebit Datang Ziarah


Sayu hati bila dengar saat banjir di Johor seorang suami  menyelamatkan isteri yang mengandung 6 bulan dengan memecahkan cermin kereta ketika kereta hanyut dibawa arus deras. Baru berkahwin 6 bulan. Ujian besar buat keluarga.

Terus ke Simpang kanan Batu Pahat ziarah ke rumah keluarga arwah Md Rajihan Junaidi. Berjumpa isterinya Khairunnisa dan kedua ibubapanya. Berkongsi doa dan kata nasihat semangat. Meninggal lemas mendapat pahala syahid. 


Saat akhir berusaha sedaya mungkin menyelamatkan isteri. Berjuang berkorban. Kata isterinya sentiasa teringat saat dengan suami waktu kejadian. Suami pecahkan cermin dengan kaki. Bantu isteri. Isteri dapat memegang pagar dawai sebelum diselamatkan. 

Saya beri sedikit belanja buat isteri arwah. Dan juga beri sedikit sumbangan buat ibubapa beliau. Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus buat Md Rajihan dan beri kekuatan buat Khairunnisa dan ibubapa arwah dan semua ahli keluarganya-ebitlew

Ustaz Ebit Hadiahkan 100 biji kerusi roda dan 1000 pax KFC untuk kakitangan bertugas di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Permai JB.


Alhamdulillah malam tadi 10malam sampai Hospital Sultanah Aminah JB dari banjir Pahang.. 


Saya hadiahkan 100 biji kerusi roda dan 1000 pax KFC untuk kakitangan bertugas di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Permai JB. 


Masa sampai dah ramai menunggu. Beri sedikit kata semangat dan doa. Masa beri nasihat lihat wajah mereka sebak. Kasihan melihat kepenatan mereka. 

Mereka bekerja siang malam. Dah setahun kerja mereka bertambah-tambah dari biasa. Pasti diberi ganjaran besar di akhirat. Semoga menjadi asbab kebaikan

-ebit lew-

8 januari 2021

Sempat Dukung Makcik Ini Ke Hospital - Macam Mak Sendiri

 

Sayu hati tadi masa dalam perjalanan ke Kampung Mambang Pahang ada bot tahan saya minta bantuan tanya bagaimana nak bawa keluarga ke hospital Kuantan. Sakit tua dan parkinson. Kena naik bot dan kereta. Sebab rumah air dah naik dan jalan semua dah berair. 

Saya berbual sekejap dan terus dukung ke bot dan dukung ke kereta dengan dibantu ahli keluarga. Dalam ujian banjir ini ada ramai tadi saya tengok berulang alik ke hospital kena naik bot. 

Klinik banyak tenggelam. Nurse bertugas dekat pusat bantuan. Baik makcik ini. Sempat minta doa makcik ini buat saya. Macam dukung mak sendiri. Rindu arwah mak..Semoga semua dalam keadaan selamat..

-ebit lew-

7januari2021

Misi Bantuan Kemanusiaan ke Kampung Asli Suku Jakun di Belukar Paloh Hinai

 


Sayu hati bila dapat berita ada satu kampung Asli Belukar Paloh Hinai, 300 penduduk putus bekalan makanan putus selama 6 hari. Suku Jakun, mereka tak Islam.. Ada beberapa orang Islam. Kedai runcit kecil ada 1 tapi dah tiada barang. Kerana jalan mereka terputus. Mereka ada 2 biji bot kecil jer. Terus bergegas dari Jerantut ke Paloh Hinai.


Kami bawa 500 set makanan siap dan juga yang boleh dimasak. Beri sedikit duit belanja pada mak dan anak-anak. 


Sebaik sampai semua sambut kita. Sayu bila semua berebut datang ke bot kami. Betul-betul ramai memerlukan saat ini. Tak cukup tenaga dan masa. Berat rasa hati.


Sepanjang hari ini guna bot hantar makanan. Kami 8 bot pergi dari satu tempat ke satu tempat. Risau berdebar juga kerana dari 8pagi sampai 3 petang ini masih di atas air. Hujan tak berhenti sepanjang hari. Makin lebat jer. Air makin naik jer. Lalu sungai Pahang ke beberapa tempat.


Terkejut jalan semua dah macam sungai. Langsung tak naik kereta dah. Semua naik bot. Ya Allah mudahkanlah semua urusan.


Doakan yer..sedih tengok dah 5hari semua barang perabot, kereta dan rumah tenggelam. 5 hari tiada elektrik dan air dibanyak tempat banjir. Banyak sangat jalan terputus dinaiki air. Betul terasa beratnya-ebitlew























Featured Post

Ustaz Ebit Sewa Khas Kapal Terbang Untuk Misi Bantuan Ke Sabah

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.  Terus pagi ini hantar barang medikal k...

Popular Posts