Showing posts with label Ustaz Ebit Lew. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Ebit Lew. Show all posts

Biodata Ustaz Ebit Lew

 Biodata Ustaz Ebit Lew


Siapa Ebit Lew??

Tonton disini👇

Kredit pemilik video👉 https://youtu.be/ZdRnUkr12DQ


*Biodata Ustaz Ebit Lew*


Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Tarikh Lahir : 21 Disember 1984

Umur: 36 Tahun (2020)

Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Keluarga: Anak ke-10 dari 12 orang adik-beradik.. *Ralat: Bukan anak ke 3...(2 ibu)

Bangsa : Cina

Agama: Islam

Status : Berkahwin


Pendidikan :

SK Bukit Ridan (1991-1996)

SMK Muadzam Shah (1997-1999)

SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)

SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)

Universiti Putra Malaysia (UPM)


#EbitLew #Ebit #UstazEbit #PKP #stayathome #siladudukrumah #dudukrumah #stayhome #makcikkiah #cikkiah #kiah #PKP #PerintahKawalanPergerakan #jangankeluar #kenaliustaz #ustaz #kitatanyaustazjawab #pencetusummah #ummah #contohteladan #EbitLew #Ebit #KeluargaSunnah #Sunnah #StayAtHome #DudukRumah

Ustaz Ebit Ziarah Syafiq Ahmad & Amalina - Tabah Dengan Ujian

 

Sebak sayu ziarah Syafiq Ahmad,Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis tadi. Kehilangan ibu dan anak serta bibik asbab kemalangan jalan raya.

 

Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang. InsyaAllah anak menanti dalam syurga. Buat ibu yang baik insyaAllah semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar disisi Allah.




Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak. Banyak soalan dan luahan hati mereka. Baik sangat keluarga ini. Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan abang aen ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.


Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah,ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu-ebitlew

Abang OKU dapat hadiah motor dr Ustaz Ebit

Sebak rasa baca pasal abang oku bersama 2 anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan. Abang polis johor cuba bantu beliau. Terima kasih Polis Johor. Syukur ramai datang bantu. Hari ini saya belikan motor baru hadiahkan untuk abang ini serta sedikit duit belanja. Kami juga bawa barang dapur untuk 84 keluarga disitu. Beras dan barang dapur dari Elewsmart. 






Sedih rasa bila Tok Batin tadi ucap terima kasih dan semua orang kampung situ kenal ajak bergambar. Allah tentukan dapat jumpa abang tadi. Comel jer anak-anak kecilnya. 

Ramai orang kampung situ ulang kali cakap terima kaseh walau cuma bantuan makanan untuk semua. Syukur banyak pihak ada hantar bantuan buat keluarga ini-ebitlew



 

Selangor di Uji Lagi Tiada Air - Ustaz Ebit Hantar Bantuan Air di Selangor

 Selangor di Uji Lagi Tiada Air

Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air. 


Malam ni terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar subang malam ni. Ada beberapa tempat lagi mesej saya. 


Dari siang uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok.





Doakan yer. Nak hantar air ke beberapa tempat lagi malam ni mengikut permintaan. Macam mana kita nak lena jika ada orang memerlukan air. Besar nilai dan nikmat air ini-ebitlew





Ustaz Ebit Ziarah Keluarga 4rwah Siti Nur Surya

Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah. 




Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang 4rwah. 4rwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.




Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga-ebitlew




 

Syukur Barang dah Sampai Ke SABAH

 


Syukur sangat barang yang dihantar kami dari sini ke Sabah dengan Raya Airways Kargo selamat selesai dihantar. Semua bekalan set PPE, mask, spec, sarung kaki, face shield untuk frontliner telah selesai diedarkan dalam masa 2hari. Syukur 10 kru sukarelawan kami di Sabah diketuai Hj Ikhsan Helzy. Mereka semua berniaga kereta sewa. Senang bergerak sana sini. Banyak kenderaan.





Bantuan di hantar ke Hospital Tawau, Pejabat Kesihatan Lahad Datu, Hospital Semporna, Hospital Kudat, Hospital Tuaran, Menggatal, Semporna dan beberapa tempat lain. Bergerak sepanjang hari sampai malam bergerak dalam kenderaan kesana sini. Bahagia rasa. Anak muda bergerak di sana. Banyak video ucapan terima kasih dari Ketua Pengarah disana. Syahdu rasa sangat.


Cuma satu harapan saya dari sini. Semoga Allah selamatkan Sabah. ALLAH beri kekuatan pada semua frontliner. Allah sembuhkan yang sakit. Allah berkatkan rezeki setiap orang yang dalam kesempitan. Semoga semua cepat kembali suasana seperti dulu-dulu Insya-Allah.












Featured Post

Ustaz Ebit Sewa Khas Kapal Terbang Untuk Misi Bantuan Ke Sabah

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.  Terus pagi ini hantar barang medikal k...

Popular Posts