Belanja 1200 KFC - Ramai petugas minta saya ziarah beri kata semangat dan doa.


 Sebak dan terharu dengan pengorbanan  Frontliner negara. Ramai petugas minta saya ziarah beri kata semangat dan doa. Terus saya ziarah ke Maeps. Belanja 1200 kotak KFC untuk frontliner di Maeps untuk 1200 petugas semuanya. . Sayu dengar katil jer 10 ribu disediakan untuk pesakit. Mereka diambil dari banyak hospital. Jadi mesti jauh ulang alik. Terima kasih Dr,Nurse, MA....besar pengorbanan mereka.


Habis setahun 2020. Masuk 2021 Kerja mereka makin bertambah. Sedih dan kasihan pasti mereka teramat penat. Kerana Allah dan sifat tanggungjawab mereka terus berjuang. Mereka cari rezeki halal macam kita. Tetapi mereka berkorban hari-hari penuh kawalan dengan pakai PPE. Panas sangat. Duduk dalam kawad duri lagi. Makan tak sempat. Ke tandas tak sempurna. 24 jam oncall. Selalu kena bertugas luar. Dipindahkan. Solat terkejar-kejar. Terasa seperti dunia lain. Petugas wanita macam adik kakak kita sendiri. Lelaki macam abang adik kita sendiri. Mereka keluarga kita yang sentiasa ada bila kita sakit dan sudi jaga kita masa kita sakit.


Ya Allah kami tak dapat balas jasa Frontliner negara kami. Balasilah mereka dengan kasih sayangMu, beri keberkatan,rezeki ,kesihatan dan kekuatan buat semua petugas negara kami. Marilah kita bantu mudahkan dan selalu berdoa buat mereka dengan rasa sayang-ebitlew

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Ustaz Ebit Sewa Khas Kapal Terbang Untuk Misi Bantuan Ke Sabah

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.  Terus pagi ini hantar barang medikal k...

Popular Posts