Betulkah Ebit Lew ni manusia atau adakah dia jelmaan malaikat?
Sifat pemurahnya sggh luarbiasa... Sebelum ni ustaz sediakam 150 buah kerusi roda dan bawa budak2 sekolah shopping, kali ini ustaz belanja 1,200 kotak KFC! Jika 1 kotak RM 10, dah RM 1.2K... Dia tak pernah takut jatuh miskin ke?
Seb4k dan terharu dengan pengorbanan Frontliner. Ramai petugas minta saya ziarah untuk bagi kata semangat dan doa. Terus saya ziarah ke Maeps. Belanja 1, 200 kotak KFC untuk frontliner di Maeps untuk 1, 200 petugas semuanya.
Sed1h dan kasihan pasti mereka teramat penat. Kerana Allah dan sifat tanggungjawab mereka terus berjuang. Mereka cari rezeki halal macam kita. Tetapi mereka berkorban hari-hari penuh kawalan dengan pakai PPE.
Panas sangat. Duduk dalam kawad duri lagi. Makan tak sempat. Ke tandas tak sempurna. 24 jam oncall. Selalu kena bertugas luar. Dipindahkan. Solat terkejar-kejar. Terasa seperti dunia lain. Petugas wanita macam adik kakak kita sendiri. Lelaki macam abang adik kita sendiri. Mereka keluarga kita yang sentiasa ada bila kita sak1t dan sudi jaga kita masa kita sak1t.
Ya Allah kami tak dapat balas jasa Frontliner negara kami. Balasilah mereka dengan kasih sayangMu, beri keberkatan,rezeki ,kesihatan dan kekuatan buat semua petugas negara kami. Marilah kita bantu mudahkan dan selalu berdoa buat mereka dengan rasa sayang.


No comments:
Post a Comment