Sayu sebak selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail JB ziarah pakcik kerja penyelenggara jalan yang dilanggar di Lebuhraya Pasir Gudang. Tangan kanannya di potong. Ziarah beri semangat dan sedikit sumbangan.
Pakcik ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan hari. Pakar minta abang ni selalu usap tangan tu, dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil. InsyaAllah nanti Akhirat semuanya sempurna.
Pakcik ni tanya macam mana nak bawa kereta nak hantar isteri kerja. Isteri tak boleh bawa kereta. Biasa hari-hari ambil hantar isteri dan anak.
Kami berdoa bersama. Masa beri sedikit sumbangan. Abang ni menangis katanya kenapa banyak sangat ustaz. Ya Allah. Pakcik tadi doakan saya. Semoga Allah beri kekuatan pada abang,isteri dan anak-anak.
Terima kasih YDH SAC Komandan Sulaiman. Terharu ACP Rubiah dan anggota Polis Johor yang bersama-sama tadi dan jamu kami makan tengah hari. Terima kasih Pegawai Hospital dan semua kakitangan hospital yang bersama kami. Baik-baik orang Johor-ebit lew

No comments:
Post a Comment