Ziarah Mangsa Banjir di Kg Changkat Lobak, Kg Parit Air Hitam 2, Perak.

Ziarah Mangsa Banjir di Kg Changkat Lobak, Kg Parit Air Hitam 2, Perak.

Sebak sayu ziarah kawasan banjir di Kg Changkat Lobak, Kg Parit Air Hitam 2 dan pusat mangsa banjir sk Parit Hj Aman Perak. Sampai disana dibawa bersama APM Dato Roslan Ketua Pesuruhjaya APM. 


Syukur tadi saya bagi sumbangan buat 64 keluarga. 64  tilam queen dan 130 tilam single. Serta sedikit duit belanja dan barang makanan. Saya bawa 20 anak muda bersama dari Pertubuhan Kasih Umat Malaysia untuk bersihkan rumah di beberapa tempat. 




Ini banjir ke 3 tahun 2020 buat mereka. 3 kali dipindahkan ke pusat banjir. Tadi beri sedikit tazkirah. Sedihnya tengok ada yang sebak dan menangis. Berat ujian mereka. Ada barang rosak kerana tiada ahli keluarga lelaki nak angkat berat. Ibu tunggal anak kecil. Ada yang warga emas. Dan sayu juga tengok anak kecil berlari-lari.





Ujian kerana Allah sayang. Semoga Allah beri kesabaran dan kekuatan buat semua yang dilanda banjir tahun 2020 ini. 







Terima kasih APM, PDRM, JKM,KKM, Rela serta semua yang membantu mangsa banjir. Allah pasti balas segala susah payah dan pengorbanan semua.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Ustaz Ebit Sewa Khas Kapal Terbang Untuk Misi Bantuan Ke Sabah

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.  Terus pagi ini hantar barang medikal k...

Popular Posts