Terharu sebak gembira sangat dapat jumpa dengan Dato Ayob Khan. Ketua Polis Johor.


Terharu sebak gembira sangat dapat jumpa dengan Dato Ayob Khan. Ketua Polis Johor. Masa ziarah semalam. Baik dan sangat rendah diri orangnya. Sifat tegas dan prinsip perjuangannya. Bergambar masa makan malam tadi. 

Sampai semalam Dato Ayob Khan bawa saya ziarah anggota yang sakit dihospital dan ziarah mendiang yang terkorban. Kereta myvi itu telah berjaya ditangkap semalam. Kami sempat berbual panjang mengenai keadaan negara kini.

Betapa pentingnya sifat perjuangan dan pengorbanan dengan ikhlas dalam setiap orang. InsyaAllah ustaz. Kita akan selamatkan negara tercinta ini dari dadah,jenayah,rasuah, dan membina jiwa anak muda dengan perjuangan membina perpaduan dan kasih sayang. Ayat paling sayu buat saya teringat-ingat. InsyaAllah ustaz, pasti kita akan berjaya bawa kebaikan ini walau sedikit-sedikit. 

Katanya,saya tak jumpa orang macam ustaz. Buat kerja begini. Semua orang gembira jika ustaz hadir memberi semangat. Terima kaseh ustaz kerana ada untuk orang susah dan memerlukan. Jawab saya sebenarnya saya yang kagum dan amat hormat pada Dato. Semangat dan perjuangan Dato jauh lebih besar dari apa yang saya lakukan. Saya hormat pada anggota PDRM yang banyak berjuang. Dato telah menjadi idola ramai anak muda.

Beliau sangat rendah diri. Dapat hadiah dari beliau. Saya hadiahkan buku tulisan saya pada beliau. Semoga Dato terus berjuang dan istiqamah. Semoga Allah pelihara Dato dan semua anggota PDRM dari segala bahaya-ebitlew

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Ustaz Ebit Sewa Khas Kapal Terbang Untuk Misi Bantuan Ke Sabah

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.  Terus pagi ini hantar barang medikal k...

Popular Posts