Ustaz Ebit bersama Pemangku Raja Pahang memberi bantuan banjir.


Doakan perjalanan kami. Syukur hari ini bersama KDYMM Tengku Hassanal Pemangku Raja Pahang  memberi bantuan banjir. Sebak sayu rasa melihat kesungguhan beliau. Setiap hari melawat kawasan  banjir. Memberi wang tunai. Sehari lebih kurang 500 ribu cash diberikan pada keluarga dan anak-anak disana. 

Semalam makan bersama Tuanku. Tuanku rasa sedih risau sangat. Sampai tengah malam bincang bersama keadaan orang Pahang. Allahuakbar. Sedih berat ujian. Setiap hari Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan. 

Sampai lebih 20 pusat bantuan sehari. Penat tu. Seharian. Subhanallah. Rendah diri  sangat dan baik sangat tuanku. Saya rasa kagum dengan  tuanku. Malu rasa saya dengan layanan Tuanku.


Ya Allah selamat Negeri Pahang dari banjir. YaAllah selamatkanlah seluruh Malaysia dari Banjir. Ya Allah sayangi dan ampuni kami semua-ebitlew

USTAZ EBIT MEMBERI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KUALA LIPIS

 


Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari kl.Sampai sini banyak jalan putus. Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.




Kami bawa 1000 Tshirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai. Paling sayu tengok sekolah,balai polis, surau, kuil, kereta, motor, tnb, dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung jer. Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk. 


Syukur dapat beri bantuan di 3 Pusat Pemindahan Banjir.  Bagi semangat dan doa.


Tadi sempat juga lihat mangsa banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang terkorban telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya. Polis, JPAM,JKM, Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu mangsa  banjir. 



Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring jer dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi.











Semua berebut nak bergambar tadi. Semua kata tengok ustaz pun dah rasa tenang. Syukur semuanya dari Allah. 


Ya Allah selamatkanlah Negeri Pahang,Johor, dan semua negeri yang banjir-ebitlew











Betulkah Ebit Lew ni manusia atau adakah dia jelmaan malaikat?

Betulkah Ebit Lew ni manusia atau adakah dia jelmaan malaikat?

Sifat pemurahnya sggh luarbiasa... Sebelum ni ustaz sediakam 150 buah kerusi roda dan bawa budak2 sekolah shopping, kali ini ustaz belanja 1,200 kotak KFC! Jika 1 kotak RM 10, dah RM 1.2K... Dia tak pernah takut jatuh miskin ke?

Seb4k dan terharu dengan pengorbanan Frontliner. Ramai petugas minta saya ziarah untuk bagi kata semangat dan doa. Terus saya ziarah ke Maeps. Belanja 1, 200 kotak KFC untuk frontliner di Maeps untuk 1, 200 petugas semuanya.



Sed1h dan kasihan pasti mereka teramat penat. Kerana Allah dan sifat tanggungjawab mereka terus berjuang. Mereka cari rezeki halal macam kita. Tetapi mereka berkorban hari-hari penuh kawalan dengan pakai PPE.

Panas sangat. Duduk dalam kawad duri lagi. Makan tak sempat. Ke tandas tak sempurna. 24 jam oncall. Selalu kena bertugas luar. Dipindahkan. Solat terkejar-kejar. Terasa seperti dunia lain. Petugas wanita macam adik kakak kita sendiri. Lelaki macam abang adik kita sendiri. Mereka keluarga kita yang sentiasa ada bila kita sak1t dan sudi jaga kita masa kita sak1t.

Ya Allah kami tak dapat balas jasa Frontliner negara kami. Balasilah mereka dengan kasih sayangMu, beri keberkatan,rezeki ,kesihatan dan kekuatan buat semua petugas negara kami. Marilah kita bantu mudahkan dan selalu berdoa buat mereka dengan rasa sayang.

Rindu Nasihat Ustaz Ebit - Pusing Kl Malam Tahun Baru Cari Anak Muda & Orang Susah

 


Doakan yer. Malam tahun baru pusing kl. Cari anak muda dan orang susah yang memerlukan. 



Ramai anak muda baik-baik. Mereka rindukan nasihat yang baik. Saya hadiahkan tshirt solat. Solat rahsia bahagia. Berdoa dan menangis padaNya.




Sayu ada ramai orang pelbagai bangsa dan agama pun tegur dan ajak bergambar. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew



Belanja 1200 KFC - Ramai petugas minta saya ziarah beri kata semangat dan doa.


 Sebak dan terharu dengan pengorbanan  Frontliner negara. Ramai petugas minta saya ziarah beri kata semangat dan doa. Terus saya ziarah ke Maeps. Belanja 1200 kotak KFC untuk frontliner di Maeps untuk 1200 petugas semuanya. . Sayu dengar katil jer 10 ribu disediakan untuk pesakit. Mereka diambil dari banyak hospital. Jadi mesti jauh ulang alik. Terima kasih Dr,Nurse, MA....besar pengorbanan mereka.


Habis setahun 2020. Masuk 2021 Kerja mereka makin bertambah. Sedih dan kasihan pasti mereka teramat penat. Kerana Allah dan sifat tanggungjawab mereka terus berjuang. Mereka cari rezeki halal macam kita. Tetapi mereka berkorban hari-hari penuh kawalan dengan pakai PPE. Panas sangat. Duduk dalam kawad duri lagi. Makan tak sempat. Ke tandas tak sempurna. 24 jam oncall. Selalu kena bertugas luar. Dipindahkan. Solat terkejar-kejar. Terasa seperti dunia lain. Petugas wanita macam adik kakak kita sendiri. Lelaki macam abang adik kita sendiri. Mereka keluarga kita yang sentiasa ada bila kita sakit dan sudi jaga kita masa kita sakit.


Ya Allah kami tak dapat balas jasa Frontliner negara kami. Balasilah mereka dengan kasih sayangMu, beri keberkatan,rezeki ,kesihatan dan kekuatan buat semua petugas negara kami. Marilah kita bantu mudahkan dan selalu berdoa buat mereka dengan rasa sayang-ebitlew

USTAZ EBIT BANTU 60 PELAJAR ANAK ASNAF, ANAK YATIM & B40

Best rasa tadi bawa 60 pelajar sekolah Cochrene Cheras shopping ke Tesco naik bas. Sebahagian anak ini B40 dan asnaf. Ada 10 anak yatim. Dengar ramai ibubapa hilang pekerjaan. 

Ada beberapa orang sederhana tapi saya saja nak belanja mereka. Seronok dengan bantuan 11 guru dan 5 orang ibubapa bantu pilihkan buat anak-anak ini. Belanja set baju sekolah 2 pasang,kasut dan beg sekolah. 

Sayu bila beberapa pelajar kecil jer tadi datang ucap terima kasih menangis. Saya dah lama tak beli kasut sekolah ustaz. Saya kali pertama beli beg tarik macam ni. Aduh lagi sayu rasa.
Nak balik tadi semua lambai dan cakap terima kasih. Sempat bagi sedikit nasihat tadi tentang pelajaran dan hormat ibubapa dan guru. Terima kasih cikgu dan anak-anak semua -ebitlew

 

Featured Post

Ustaz Ebit Sewa Khas Kapal Terbang Untuk Misi Bantuan Ke Sabah

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.  Terus pagi ini hantar barang medikal k...

Popular Posts